Thursday, April 30, 2009

Terengganu Pembekal Daging Kambing 2015

Datuk Ahmad Said dibawa melawat Ladang kambing. Dari kiri Dr Azizul Mohd Sharun, Pengarah Jabatan Haiwan Terengganu dan Haji Zainudin bin Haji Zakaria, Pengusaha Ladang Cosmopal

Terengganu akan menjadi pembekal daging kambing terbesar di Semenanjung apabila tidak lagi mengimpot daging kambing dari luar negara pada tahun 2015. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dr Azizul Mohd Sharun, Pengarah Jabatan Haiwan Negeri, ketika lawatan kerja YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ladang Cosmopal Serating, Marang hari ini. Jabatan Haiwan Negeri pula katanya, sedang dalam usaha meningkatkan jumlah pengusaha penternak kambing daripada 15 yang sedia ada kepada 25 pengusaha untuk mencapai sasaran memiliki bekalan daging kambing 65 peratus menjelang tahun 2013.


Taklimat mengenai ternakan kambing di kandang

YAB Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu dalam majlis yang sama turut meluluskan seluas 50 ekar tanah pertanian bagi menampung bekalan makanan kambing dengan penanaman rumput dan jagung. Ladang tersebut yang kini menternak sejumlah 1,700 ekor kambing jenis Jamnapari dijangka mampu menternak sehingga 4,000 ekor kambing dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau juga meminta Exco Pertanian memperluaskan projek penternakan kambing kepada individu miskin terutama dibawah projek PPRT. Jabatan Haiwan setakat ini sudah mempunyai program penternakan kambing kepada individu yang layak dengan peruntukkan sejumlah RM15,000 untuk binaan kandang dan 10 ekor kambing.


Menyusukan anak kambing jenis Jamnapari.

1 comment:

Anonymous said...

salam..saya student tahun akhir ijazah pengurusan pembinaan..nak tanye ni,,coz bertul-betul berminat dalam industry ni...macam mane saya berminat untuk menjalankan ternakan seperti tuan..memandangkan sy akan tamat belajar tidak lama lagi,,so kedudukan kewangan tidak mengizinkan untuk sy membuka ladang seperti tuan..so,apa yang perlu sy lakukan untuk menjayakan rancangan ini..adakah kerajaan stay lagi menjalankan program membantu dalam penternakan???macam mane nak apply ni???zaman modern lelaki dan perempuan adalah sama dari segi kemampuan dan kebolehan..harap respond dari pihak tuan amat sy hargai..w'salam..