Monday, January 11, 2010

Star Rating

Puan Hajah Jamilah menandatangani buku pelawat Pejabat Penerangan Daerah Marang sambil diperhatikan oleh Encik Bahauluddin Amat, Pegawai Bahagian Sumber Manusia


Taklimat Star Rating

Lawatan ke Pusat Maklumat Marang
Bergambar beramai-ramai berserta rombongan Star Rating . Turut bersama Pegawai Penerangan Daerah Marang (duduk no2 dari kanan)


11 Januari 2010 - Marang

Hajah Jamilah Shahid, Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Penerangan Malaysia dan rombongannya telah mengadakan Audit Star Rating ke Pejabat Penerangan Daerah Marang. Ia sebahagian siri lawatan beliau ke negeri-negeri bagi meninjau persiapan Audit Star Rating jabatan yang akan dilaksanakan oleh MAMPU di peringkat negeri dan daerah dijangka bermula Februari ini. Pemeriksaan ini melibatkan bidang pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan yang melibatkan 254 sub-kriteria.

Audit Star Rating telah disarankan oleh Perdana Menteri kelima, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK). Hanya pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Pentadbiran Awam (PANEL) telah memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi mengredkan tahap prestasi agensi-agensi kerajaan kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Dalam taklimatnya di sini pagi tadi Hajah Jamilah menekankan bahawa audit star rating bertujuan untuk menilai dan mengukur prestasi agensi kerajaan terus berada pada tahap yang cemerlang. Ia juga bertujuan untuk memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik yang dilaksanakan. Pelaksanaan Audit Star Rating dijangka mampu memberi galakan persaingan sihat dikalangan agensi sektor awam.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak JPM Negeri Terengganu dan Daerah Marang kepada urus setia SSR. Adalah diharapkan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan dapat dilaksanakan secara berterusan.

-Urus setia SSR-

Bestari said...

Urusetia SSR

Terima kasih juga kepada sokongan berterusan daripada pihak HQ jabatan