Wednesday, November 18, 2009

Awasi Taun


Memetik sebahagian daripada ingatan Jabatan kesihatan Negeri Terengganu. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=455977.


Wabak taun yang berlaku di Terengganu sejak minggu lepas kini dilapor merebak hampir ke seluruh negeri dan sehingga kini, seramai 111 kes dikesan positif taun.Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata selain Kuala Terengganu, penyakit taun kini turut dikesan di Marang, Setiu, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Hanya daerah Besut yang bebas daripada wabak itu.


Sehubungan itu, Dr Nordiyanah menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan seperti meminum hanya air yang dimasak, minum air batu yang dibuat sendiri menggunakan air yang dimasak dan memasak sendiri makanan di rumah.Orang ramai juga diminta sentiasa mencuci sayur-sayuran, buah-buahan dan alat memasak dengan air bersih, menutup semua makanan dan makan makanan yang masih yang panas."Basuh tangan dengan air sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum menyediakan makanan. Jika perlu makan di luar, pilih gerai yang bersih dan pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan yang baik," katanya.Beliau berkata taun adalah sejenis penyakit bawaan air dan makanan atau penyakit cirit birit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya iaitu kumannya terdapat dalam najis dan muntah pesakit serta pembawa kuman taun.
Ulasan : Sama-samalah kita berdoa bahawa penyakit ini tidak menjadi wabak dan sekiranya mengalami tanda-tanda penyakit tersebut cepat-cepatlah ke klinik kesihatan yang terdekat.

1 comment:

Ross Safina Hor said...

Salam sahabat semua...

INFO CEGAH WABAK TAUN YANG TELAH MENYERANG PANTAI TIMUR DAN SABAH HARI INI.

MARI BERDOA BERAMAI-RAMAI KEPADA ALLAH SWT SUPAYA WABAK TAUN INI TIDAK MEREBAK DAN MENGGANAS MENYERANG KITA. SELAMATKANLAH KITA SEMUA DRPD DIJANGKITI WABAK MAUT INI(TAUN) DAN LINDUNGI DARI SEGALA BALA BENCANA.

PANDUAN ELAK DARI DIJANGKITI WABAK TAUN DAN CEGAH DARI DIJANGKITINYA DENGAN PROTECUR-100 DAN NEIBAC5.

"DARI ALAM SEMULAJADI KEPADA MANUSIA".

Sayang keluarga anda dengan melawat laman web ini:

http://rosssafinahor.blogspot.com
www.PROTECUR.com