Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kami memohon kerjasama anda untuk meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini. Kami sangat menghargai kerjasama anda. Sila KLIK disiniTuesday, November 24, 2009
Kajian Kepimpinan YAB Perdana Menteri
Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kami memohon kerjasama anda untuk meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini. Kami sangat menghargai kerjasama anda. Sila KLIK disiniWednesday, November 18, 2009
Awasi Taun

Memetik sebahagian daripada ingatan Jabatan kesihatan Negeri Terengganu. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=455977.
Wabak taun yang berlaku di Terengganu sejak minggu lepas kini dilapor merebak hampir ke seluruh negeri dan sehingga kini, seramai 111 kes dikesan positif taun.Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata selain Kuala Terengganu, penyakit taun kini turut dikesan di Marang, Setiu, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Hanya daerah Besut yang bebas daripada wabak itu.
Sehubungan itu, Dr Nordiyanah menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan seperti meminum hanya air yang dimasak, minum air batu yang dibuat sendiri menggunakan air yang dimasak dan memasak sendiri makanan di rumah.Orang ramai juga diminta sentiasa mencuci sayur-sayuran, buah-buahan dan alat memasak dengan air bersih, menutup semua makanan dan makan makanan yang masih yang panas."Basuh tangan dengan air sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum menyediakan makanan. Jika perlu makan di luar, pilih gerai yang bersih dan pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan yang baik," katanya.Beliau berkata taun adalah sejenis penyakit bawaan air dan makanan atau penyakit cirit birit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya iaitu kumannya terdapat dalam najis dan muntah pesakit serta pembawa kuman taun.
Ulasan : Sama-samalah kita berdoa bahawa penyakit ini tidak menjadi wabak dan sekiranya mengalami tanda-tanda penyakit tersebut cepat-cepatlah ke klinik kesihatan yang terdekat.
Monday, November 16, 2009
Bill Gates Di Terengganu

Penyampaian e-book kepada pelajar oleh Datuk' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Di kanan beliau Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang
MARANG - 15 Nov 2009
Tiada siapa tahu dan mampu menduga seorang lagi Bill Gates akan lahir di bumi Terengganu. Mungkin namanya bukan Bill Gates. Mungkin namanya Md Awang sahaja atau Mat Ropi. Tetapi itulah harapan YAB Datuk Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu ketika berucap di majlis penyerahan e-book kepada 753 orang pelajar-pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah seluruh DUN Rhu Rendang di SK Bukit Gasing semalam. Beliau berkata impiannya hanya satu, iaitu ingin melihat bukan sahaja anak-anak Terengganu menguasai komputer tetapi juga menjadi pencipta. “Kita akan lahirkan ‘Bill Gates’ di Terengganu”.
e-book yang mengandungi perisian Tahun Empat hingga ke Tahun Enam Setakat ini 19,000 e-book telah diserahkan kepada pelajar-pelajar Tahun Lima di seluruh Terengganu. Menjadi iltizam kerajaan negeri untuk memberi kemudahan pembelajaran yang terbaik kepada anak-anak Terengganu tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik. “Kita tidak memilih anak siapa, PAS atau UMNO, yang penting Terengganu harus berada di tangga teratas dalam bidang pelajaran”. Setakat ini tiga buah sekolah di Terengganu tersenarai antara 20 buah sekolah terbaik di seluruh negara. Sekolah tersebut ialah SM Imtiyas Dungun, SMK Lembah Bidong, Setiu dan SMK Sains Kuala Terengganu yang berada di tangga kedua, ketiga dan ketiga belas.
Terengganu telah menunjukkan prestasi yang membanggakan, menjuarai keputusan UPSR terbaik Malaysia sepanjang tujuh tahun berturut-turut. Pada tahun lepas Terengganu muncul pula dengan keputusan STPM terbaik seluruh negara. Tahun 2009 juga menyaksikan lonjakan pencapaian pelajar-pelajar Terengganu yang memperolehi Ijazah Kelas Pertama kepada 105 orang. Peningkatan mendadak ini adalah hasil dari tawaran kerajaan negeri yang menukar status pinjaman kepada biasiswa kepada mereka yang memperolehi kelas pertama. Satu lagi pencapaian yang memberangsangkan dan membanggakan. Kerana itu penyerahan e-book ini dijangka akan mempunyai kesan berganda kepada pelajar-pelajar Terengganu yang bukan sahaja cemerlang dari pencapaian akademik tetapi juga penguasaan ilmu agama, sesuai dengan perisian e-book yang dilengkapi dengan perisian Al-Quran dan terjemahan, doa harian, Solat dan Solat-solat sunat. Tahun-tahun akan datang perisian e-book akan diperluas dengan sukatan pelajaran Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga. Ini adalah diantara langkah-langkah ’pembaharuan’ yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, termasuk merancang mengadakan peperiksaan secara maya.
Beliau juga turut menyatakan beberapa buah negeri dan negara yang berminat dengan kaedah pembelajaran menggunakan e-book. Negara Indonesia ketika ini sedang menguji pakai perisian e-book tersebut dalam bahasa pengantar Indonesia. Jika berjalan lancer seperti dijadualkan, tahun hadapan sejumlah 50,000 buah e-book akan dihantar ke negara tersebut. Begitu juga kerajaan UAE yang telah pun membuat tempahan sejumlah 2,000 buah e-book dalam bahasa pengantar Arab. Negeri-negeri yang turut menunjukan minat yang sama ialah Selangor dan Pulau Pinang.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Senator Dato Haji Abd Rahman bin Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Haji Ariffin bin Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan Tuan Haji Nik Dir bin Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.
Tuesday, October 6, 2009
Satu Malaysia: Mencari satu Definisi (3)
sambungan.......Mencari Satu Definisi
Apakah yang dimaksudkan dengan Gagasan Satu Malaysia? Adakah ia relevan dalam konteks masyarakat negara ini walaupun pelbagai slogan, ungkapan dan imej cuba diterap dalam kalangan ahli masyarakat sebelum ini? Mengapa sekarang? Adakah kerana keadaan politik yang tidak menentu dan krisis ekonomi global yang semakin meruncing memerlukan sokongan kesemua ahli masyarakat? Sejauhmanakah populasi negara ini memahami intipati gagasan ini ataupun ia masih menimbulkan kekeliruan dan siapakah yang bertanggungjawab dalam menimbulkan kegelisahan ke atas gagasan ini.
Asas kekuatan pentadbiran beliau adalah ke atas pembentukan Satu Malayusia yakni kesemua ahli masyarakat akan mengutamakan nilai perpaduan dan menjadikan negara ini sebagai teras utama 'Satu Negara, Satu Matlamat' dan berpaksikan kepada tiga teras iaitu prinsip penerimaan; kenegaraan dan keadilan sosial. Ini merupakan pelengkap kepada Wawasan 2002 dan gagasan lain yang pernah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Satu Malaysia dijadikan penggerak ketika kelangsungan politik arus perdana yang berada dalam keadaan tidak menentu. Bermakna, walaupun berbeza pandangan dan ikatan politik, ia tidak wajar digunakan untuk memadamkan nilai kesepaduan yang sudah terbina sekian lamanya.
Satu Malaysia walaupun dikatakan masih belum menjana kepercayaan sepenuhnya, tetapi ia penting untuk persekitaran politik arus perdana. Konsep adalah sebahagian dari kehidupan awam dan manipulasi tingkah laku politik. Yang penting adalah sejauhmana ada keazaman dan motivasi untuk memimpin dan memberi panduan dibelakang konsep ini. Adakah ia semata-mata konsep atau ada penerangan berterusan di belakang konsep ini?. Satu Malaysia hakikatnya memberi indikator bahawa ada perubahan penerimaan keatas kepimpinan Perdana Menteri.
Satu Malaysia merupakan gagasan pemahaman, keyakinan, penghormatan, dan pengiktirafan nilai kemasyarakatan demografi dan geografi negara ini. Ia melangkaui usaha mempertahan dan mengukuhkan kemuafakatan dan perpaduan negara ini yang memerlukan rasa tanggungjawab dan kejujuran yang menyuburkan nilai tolak ansur, hormati-menghormati dan saling faham memahami anatara satu sama lain. Ia bukan kepercayaan baru, ia bukan manifestai ajaran baru; ia lahir dalam memanam dan menerap nilai kemanusiaan supaya masing-masing dapat bersama dalam menagani apa sahaja cabaran dan meraikan kecemerlangan kerana percaya dan yakin kesemuanya mempunyai satu matlamat iaitu mempertahankan kedaulatan negara ini berpaksikan kepada nilai patriotisme dan nasionalisme yang hebat memagari diri setiap individu dari sifat prasangka dan saling syak wasangka serta mencurigai antara satu sama lain yang boleh menggangu proses memakmurkan negara ini. Semangat kekitaan yang tebal sehingga bersedia menjayakan gagasan besar Satu Malaysia ini.
(Petikan Kertas Kerja Satu Malaysia: Pendefinisian, Pemahaman dan Pelaksanaan, Dr Sivamurugan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM)
Monday, October 5, 2009
Satu Malaysia: Najib Satu Malaysia (2)
sambungan.....Najib Satu Malaysia
Sehingga ke hari ini, transisi peralihan kepimpinan dalam negara berlaku dengan licin dan lancar. Pada 3 April 2009, Malaysia mencipta satu lagi sejarah baru dalam warisan kepimpinan negara apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara dengan persaraan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Seiringan dengan itu, Najib telah mengumumkan bahwa kepimpinan beliau akan berteraskan kepimpinan "Satu Malaysia" dengan ditunjangi oleh lapan nilai utama termasuklah budaya kecemerlangan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah hati dan kesetiaan yang dapat di iktiraf sebagai nadi pembangunan, perkembangan dan pencapaian matlamat Satu Malaysia ini.
Transformasi dalam kalangan masyarakat dijangka dapat direalisasikan sekiranya pengisian yang sewajarnya dilakukanan agar nilai tersebut boleh mencambah budaya pemasyarakatan dalam negara ini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menjurus kepada soal pemahaman ke atas gagasan Satu Malaysia dan bagaimanakah ia boleh dijadikan sebagai satu amalan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya memelihara kesejahteraan komuniti yang menghuni negara ini tanpa mengira agama, keturunan, kepercayaan, gender mahupun latar belakang pendidikan dan pekerjaan.
Barangkali Najib yang berumur 55 tahun mempunyai ruang yang besar untuk melakukan perubahan melalui Satu Malaysia tetapi apakah beliau akan dibenarkan untuk membawa perubahan drastik?. Dengan warisan peninggalan jika diimbas sejak pemerintahan Dato Onn Jaafar diikuti dengan kedudukan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussien Onn, , beliau merupakan anak Perdana Menteri yang pernah menduduki kerusi ini. Beliau hanya berumur 22 tahun ketika bapanya, Tun Abdul Razak meninggal dunia akibat penyakit leukemia. Lima minggu selepas itu, beliau menjadi ahli parlimen yang termuda dalam sejarah kepimpinan politik Malaysia, Timbalam Menteri ketika berusia 23 tahun, Menteri Besar pahang ketika berumur 29 tahun dan 32 tahun ketika menyertai kabinet kerajaan. Dalam parti pula Najib menjadi Ketua Pemuda sejak 1987 sehingga 1993 dan kini menjadi Presiden parti. 32 tahun dalam sistem tadbir urus negara menunjukkan beliau arif selok belok kekuatan dan kelemahan sistem di peringkat nasional, negeri, dan lokal. Bagaimana pengalaman ini ini boleh diadun dengan suasana persekitaran semasa akan memperlihatkan kematangan kepimpinan Najib untuk berhadapan dengan sebarang cabaran. Satu Malaysia merupakan salah satu cabaran yang memerlukan pengiktirafan untuk mendapatkan semula kepercayaan dan keyakinan ahli masyarakat. Sejauhmanakah benar Satu Malaysia ini merupakan sekadar satu konsep yang hampir sama dengan amalan sebelum ini?. Bersambung............
(Petikan Kertas Kerja Satu Malaysia: Pendefinisian, Pemahaman dan Pelaksanaan, Dr Sivamurugan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM)
Labels:
Dr. Sivamurugan,
Kertas Taklimat,
Perdana Menteri,
Satu Malaysia,
USM
Sunday, October 4, 2009
Satu Malaysia: Muqaddimah (1)
Muqaddimah"Our future depends on how well many different kinds of people can live and work together"- Tunku Abdul Rahman dalam salah satu ucapannya pernah menyatakan kebimbangan ke atas masa depan negara ini ketika beliau mentadbir sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia. Kesemua bekas Perdana Menteri turut sentiasa mempunyai keinginan yang sama untuk memperlihatkan satu kesinambungan warisan kepimpinan dengan penekanan berterusan ke atas isu masa depan negara berasaskan kepada keserasian dalam kalangan penduduk untuk mengenepikan perbezaan yang wujud dalam 'kemajmukan' masyarakatnya. Bermula zaman Tunku yang menampilkan 'politik gabungan' sebagai kekuatan kepada elemen politik negara, Tun Abdul Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara untuk penstrukturan semula masyarakat dan memulihkan semula integrasi dalam kalangan masyarakat. Tun Hussien Onn pula cuba memperkemaskan dan membina perpaduan yang lebih utuh yang turut dijadikan intipati dalam Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad.
Wawasan 2020 dilihat sudah menjadi teras kepada apa yang perlu dicapai oleh negara dengan diberikan satu tempoh masa bersesuaian dengan proses modernisasi dan pembangunan yang dinikmati oleh Malaysia. Tun Abdullah Ahmad Badawi pula cuba membina nilai dalaman supaya elemen yang diketengahkan dalam Islam Hadhari dapat membina modal insan yang memiliki keperibadian mulia. Yang nyata, gagasan, konsep, slogan ataupun dasar Satu Malaysia perlu dilihat sebagai satu 'kesinambungan' dari apa yang pernah dikemukakan oleh kepimpinan lepas; dan jika itu keadaannya, mengapa ia dikatakan mengelirukan dan apakah keunikan dalam Satu Malaysia yang boleh dianggap sebagai 'perbezaan' yang ketara dari agenda sebelum ini?. Bersambung.........
(Kertas Taklimat Satu Malaysia: Pendefinisian, Pemahaman dan Pelaksanaan. Oleh Dr Sivamurugan Pandian, USM)
Labels:
Dr. Sivamurugan,
Kertas Taklimat,
Satu Malaysia,
USM
Bicara Ilmu (2)
2 Oktober 2009 : Bukit KulimMasyarakat harus kembali mempelajari ilmu agama walaupun dalam usia tua. Ilmu agama terutamanya pemahaman dalam ilmu Tauhid dan Fiqh harus diberi keutamaan selain daripada ilmu Tajwid dan pemahaman Al Quran. Kerana terdapat pelbagai contoh teladan dan pengajaran yang boleh diperolehi jika kita mempelajari kandungannya. Ini diantara intipati yang dinyatakan oleh Ustaz Khairul Amran bin Abdul Jalil, Pegawai Agama Islam Raub, Pahang selaku penceramah undangan di program Bicara Ilmu anjuran Ketengah dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.
Program ini telah bermula sejak pagi melibatkan sesi gotong-royong bersama penduduk kampung membersihkan kawasan tanah perkuburan, masjid dan penyampaian sumbangan alatsiaraya kepada Masjid Bukit Kulim. Pengerusi Masjid Bukit Kulim Haji Zakaria Yaakub berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Ketengah, Jabatan Penerangan, dan Pejabat Agama. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Cik Rohani binti Chik, Penolong Pengarah PKPM, Jabatan Penerangan Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

