Monday, May 25, 2009

RM 1.3 Bilion Untuk Pembangunan Marang

Majlis menandatangani penyerahan Jalan Temala Hilir , Encik Ir Hj Che Kamaruddin b. Bahar wakil Pengarah JKR Terengganu (kiri), Nik Abd Kadir bin Nik Mohammad wakil Ketua Setiausaha KKLW. YB Yahya Khatib Mohammad (berdiri berbaju gelap) dan di sebelahnya kirinya Ir Haji Mohd Yasim A Ghani, Jurutera Daerah Marang


Peruntukkan pembangunan tahun 2009 bagi Daerah Marang melebihi RM 1.3 bilion. Ia dinyatakan oleh YB Yahya Khatib Mohamad Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri pada sidang media di Majlis Penyerahan Jalan Luar Bandar (JLB) Jalan Temala Hilir ke Paya Kemudi Jaba. Antara projek-projek utama ialah pembinaan Kolej Matrikulasi Marang bernilai RM265 juta di Serating, pembinaan empat fakulti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Khor bernilai RM 800 juta. Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan dan Pejabat Agama Daerah Marang yang masing-masing bernilai 6 juta ringgit. Selain daripada cadangan membina tiga jalan baru iaitu jalan empat lorong Binjai Rendah ke Durian Guling, Chakor Pak Abas ke Undang dan jalan pintas dari Kubu ke Bukit Bading Daerah Hulu Terengganu yang bernilai RM 50 juta. Kesemua projek tersebut dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun ini.

Penyerahan dokumen Jalan Temala Hilir ke Paya Kemudi

Di majlis yang sama beliau turut menyaksikan acara menandatangani penyerahan Jalan Projek Luar Bandar daripada JKR Terengganu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Jalan Temala Hilir ke Kemudi Jaba ini merupakan jalan pintas dari Kg Pengkalan Berangan, Marang ke Bukit Apit di Hulu Terengganu. Jalan sepanjang 700 meter dengan kos RM 2.3 juta telah siap dibina oleh Syarikat Pembinaan Kubang Palas Sdn. Bhd. dalam tempoh empat bulan lebih awal dari jangkamasa tujuh bulan yang ditetapkan.


Kontraktor Tuan Haji Abdullah bin Mamat, Syarikat Kubang Palas Sdn Bhd yang berjaya menyiapkan projek dalam tempoh empat bulan

Tuesday, May 19, 2009

Jadual Pembaharuan Lesen Senjata Api Marang 2009

Ibu Pejabat Polis Daerah Marang telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemegang lesen senjata api yang telah tamat tempoh WAJIB memperbaharui semula mengikut jadual yang dikeluarkan bagi tahun 2009/2010 seperti tempat, tarikh dan masa berikut:-


Ibu pejabat Polis Daerah Marang

9 Jun 2009 - 8.30pagi - 12.00tengahari

10 Jun 2009 - 8.30pagi - 12.30 tengahari

22 Jun 2009 - 8.30pagi - 12.30 tengahari


Balai Polis Bukit Payong

16 Jun 2009 - 8.30 pagi - 12.30 tengahari


Balai Polis Wakaf Tapai

14 Jun 2009 - 8.30 pagi - 12.30 tengahari


Balai Polis Merchang

15 Jun 2009 - 8.30 pagi - 12.30 tengahari



Balai Polis Bukit Payong

17 Jun 2009 - 8.30 pagi - 12.30 tengahari
(AHLI RELA SAHAJA)


Ibupejabat Polis Daerah Marang

24 Jun 2009 - 8.30 pagi - 12.30 tengahari
(AHLI RELA SAHAJA)



Peraturan pembaharuan meliputi perkara-perkara berikut iaitu:-

a) pemegang lesen senjata api sendiri adalah dikehendaki membawa bersama senjata api yang dimiliki, buku lesen dan kad pengenalan pada masa hendak memperbaharui lesen untuk diperiksa sebelum lesen berkenaan di perbaharui. Pemegang lesen tumpang pakai juga dikehendaki datang bersama untuk pembaharuan lesen tersebut.

b) pemilik-pemilik senjatapi yang syarat kegunaanya untuk sukan, jaga diri/harta benda adalah dikehendaki mengemukakan sijil kecekapan/kad keahlian daripada pasukan menembak yang berdaftar .

c) Pelesen-pelesen yang berusia 60 tahun dan ke atas dikehendaki membawa bersama laporan Doktor dan Hospital Kerajaan/klinik swasta mengenai keupayaan mengendalikan senjata api yang dimiliki dari segi fizikal dan mental.

PERINGATAN: Sesiapa yang didapati tidak memperbaharui lesen senjata api selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009 boleh didakwa di bawah seksyen 8 Akta senjata api 206/1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen yang sah.

Monday, May 18, 2009

Hari Bersama Pelanggan 2009 - Kesihatan

Pejabat Kesihatan Daerah Marang, di Jalan Sungai Kerak

Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah mengeluarkan kenyataan dengan menetapkan hari Khamis minggu keempat setiap bulan sebagai 'Hari Bersama Pelanggan'. Sebagai salah sebuah Kementerian yang sentiasa berdampingan dengan orang ramai, program ini bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat. Hari Bersama Pelanggan merupakan salah satu usaha Kementerian Kesihatan bagi mendukung hasrat kerajaan untuk sentiasa memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dan merupakan manifestasi komitmen Kementerian ke arah sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Melalui program ini juga penduduk di daerah ini boleh mengajukan sebarang pertanyaan dan mendapatkan penjelasan daripada perkhidmatan kesihatan yang diberikan.






Tarikh-tarikh Hari Pelanggan Pejabat Kesihatan Daerah Marang yang akan diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Lot 4411, Sungai Kerak, Km1, Jalan Marang - Wakaf Tapai, 21600, Marang mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari seperti tarikh-tarikh berikut:-






28 Mei 2009


30 Jun 2009


31 Julai 2009


27 Ogos 2008


24 September 2009


29 Oktober 2009


26 November 2009 dan


31 Disember 2009


Sunday, May 17, 2009

Kursus Pengendali Blog


Puan Maria Md Nani sedang memberi panduan kepada peserta kursus Pengendali Blog

Selari dengan perkembangan media baru, Cawangan GSPI Jabatan Penerangan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Pengendali Blog Sehari di MCM ITECH Development Sdn Bhd , Kuala Terengganu pada 17 Mei 2009. Seramai 16 orang kakitangan jabatan dari seluruh daerah dan cawangan telah menghadiri kursus yang diadakan secara formal.

YM Tengku Saifullah ( kiri) bersama Khairul Syahril dari Pejabat Penerangan Kuala Terengganu


Penuh tumpuan.......

Kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Marang YM Tengku Saifullah bin Tengku Mohamed turut terpilih menghadiri kursus sehari ini. Beliau berkata bahawa kursus ini telah memberi pengetahuan dan keyakinan kepada beliau untuk membina blog. Beliau juga percaya kursus ini mampu memberi beliau kelebihan dalam penyibaran maklumat melalui blog.
Sebahagian peserta yang mengikuti kursus

Thursday, May 7, 2009

Kolej Matrikulasi Terengganu Dibina di Marang


YAB Datuk Ahmad Said menerima taklimat projek Kolej Matrikulasi Terengganu di tapak pembinaan

Daerah Marang telah dipilih sebagai lokasi Kolej Matrikulasi Terengganu yang akan memulakan kerja-kerja pembinaannya mulai pertengahan tahun ini. Kolej yang menelan perbelanjaan RM 200 juta itu akan dibina diatas tapak seluas 46 hektar di Serating, Marang. Kolej yang mampu menampung 3,000 pelajar akan mula menerima kemasukan pelajar baru pada tahun 2010. Ia dinyatakan dalam taklimat ringkas kepada YAB Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu di tapak Kolej Matrikulasi tersebut sempena Lawatan Sehari Bersama Menteri Besar di Dun Rhu Rendang hari ini.




Tapak Kolej Matrikulasi Terengganu di Serating lebih kurang 15 km dari Bandar Marang


Selain daripada Kolej Matrikulasi Terengganu, Daerah Marang juga menerima ‘pakej’ pembangunan berjumlah RM 800 juta ringgit dalam tempoh lima tahun termasuk pembinaan empat fakulti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Khor, pembinaan Kompleks Gunasama di Bukit Mawi dan Pejabat Agama Daerah Marang masing-masing bernilai RM6 juta ringgit.


YAB Menteri Besar menyampaikan oleh replika anak kunci balairaya kepada wakil penduduk. Kanan sekali Haji A.Rahman Che Ali, Pegawai Daerah Marang.


Sebelum itu Datuk Ahmad Said di majlis perasmian Balairaya Kampung Seberang Marang telah memperuntukan sejumlah RM 50,000 bagi kelengkapan balairaya tersebut termasuk kemudahan ICT ala ‘Cyber CafĂ©’. Di majlis yang sama beliau turut meluluskan peruntukkan bernilai RM 1 juta bagi pembinaan lima lagi balairaya baru dalam kawasan Dun Rhu Rendang.



Pasar Baru Marang yang berharga RM2 juta akan beroperasi menjelang hujung tahun ini.


YAB Menteri Besar dalam jadual Lawatan Seharinya ke Marang singgah melihat kemajuan pembinaan Pasar Marang


Pada majlis lawatan di Asrama Anak-Anak Yatim PERKAYA, Serating, YAB Mernteri Besar juga telah meluluskan peruntukkan kepada bengkel pertukangan dan jahitan berjumlah RM 400,000. Ini adalah sebagai usaha membaik pulih semula bengkel tersebut yang terbiar ketika asrama ini dibawah jagaan kerajaan negeri semasa pemerintahan PAS.

YAB Menteri Besar diperkenalkan kepada AJK Asrama PERKAYA



Beliau juga diberi penghormatan memeriksa perbarisan kehormat terdiri daripada anak-anak PERKAYA

Segala projek yang dilaburkan ke Daerah Marang dalam tempoh lima tahun ini dijangka akan berupaya merubah lanskap pembangunan daerah ini sesuai dengan slogan Marang Maju 2015.

Sunday, May 3, 2009

Gotong Royong K-Bestari Mukim Pulau Kerengga




Timbalan Pengerusi K-Bestari Mukim Pulau Kerengga, Encik Zaimi Endut


Satu majlis gotong Royong anjuran K-Bestari Mukim Kelulut dengan kerjasama Majlis Daerah Marang telah diadakan pada 30 April 2009 yang lalu di tanah perkuburan dan Masjid Kelulut. Seramai 50 orang ahli K-bestari dan warga kampung turut serta di program tersebut. Gotong-royong ini diadakan bersempena dengan sambutan lawatan YAB Menteri Besar Terengganu yang dijadualkan pada 7 Mei 2009 ini. Timbalan Pengerusi K-Bestari Mukim Kelulut, Encik Zaimi Endut turut menyatakan program ini mampu meningkatkan semangat kerjasama dikalangan warga kampung dengan melibatkan agensi kerajaan. Turut bersama diprogram ini ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah En Alias bin Nik.
YDP Majlis Daerah Marang Haji Alias bin Nik turut serta serta dalam program tersebut






Sebahagian warga kampung yang turut bergotong-royong membersihkan kubur Kg Kelulut